Anwar Ibrahim kata, Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang. Limkit siang kata, Pakatan Rakyat akan menawan 11 buah negeri. Yang ini pula, cakap Mat Sabu.
KUALA LUMPUR, 2 Julai — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin pengundi muda akan memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13, untuk bertapak di tujuh negeri berbanding tiga tahun lalu.
Beliau yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu” berkata parti perikatan itu akan mempertahankanKelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan menawan semula Perak.
Mohamad (gambar) menambah Pakatan Rakyat turut memberi tumpuan untuk menawanNegeri Sembilan, Terengganu dan melakukan satu kejutan di Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dengan memenangi beberapa kerusi.
“Orang muda adalah sahabat kami, pengundi muda lebih cenderung untuk melakukan perubahan. Semua kaum menyukai kami sekarang,” kata beliau dalam satu temu bual bersama The Malaysian Insider.
Itu kerja depa. Nak cakap…sapa pun boleh cakap. Cuma bila nak buat kerja, ramai yang sangkut.
Bila kita buat unjuran kemenangan, selalunya ada tiga kategori respons. 1. "Jangan dok angan-angan la!". 2. "Woooii!!..Kita ada chance!!" 3. "Jom kita realisasikan angan-angan ini."
Aoa yang Anwar Kit Siang dan Mat Sabu cakap adalah angan-angan. , Yang peliknya, mereka yang perlecehkan angan-angan itu selalunya orang parti yang pegang jawatan kat peringkat kawasan. Yang jerit kata kita ada peluang ialah tukang gantung bendera dan tampai poster. Dan yang selalunya berusaha untuk menang ialah mereka yang buat kerja secara diam-diam.
Bukan semua orang la. Aku cakap berdasarkan pengalaman aku dengan PKR. Bila kita tanya kat Pengarah pilihanraya Cabang, selalunya yang aku dapat ialah alasan "pasai apa tak boleh menang." Susah nak cari Pengarah Pilihanraya Cabang yang bagi tau "kita boleh menang". Dan kemudian sertakan pelan strategi "macam mana nak menang."
Aku dah bagi tau faktor-faktor kemenangan.
1. Kekuatan parti.
2. Jentera
3. Isu
4. Calon
Kekuatan parti bukan kerja kita. Itu kerja pemimpin parti. Yang ini akan menyumbang sekitar 40% undi. Jentera akan menyumbang sekitar 30% undi. Isu semasa akan menyumbang 20%. Dan Calon akan menyumbang 10%. Tapi peratusan ini bukan tetap, ianya boleh berubah bergantung kepada strategi.
Contoh, Masa PRU 2008, PKR tak ada jentera dan ini akan mengurangkan kemungkinan kemenangan, lantas dipermainkan isu, supaya pengundi boleh terpengaruh. calon-calon PKR juga teruk, tapi diatasi dengan bantuan jentera Pas.
Dengan lain perkataan, jentera pilihanraya kena sentiasa alert dengan persekitaran.Yang ni kita biarkan kat orang parti.
Semua -faktor-faktor diatas adalah berkaitan dengan parti. Kita yang tak ada jawatan dalam parti atau tak menyertai mana-mana parti nak buat apa? Cukup ka sekadar jerit "Mampuih Umno!.’ Ataupun hanya bersemangat "Kita mesti tumbangkan Umno!"?
Banyak peranan yang boleh kita buat untuk tumbangkan Umno. Kalau nak harapkan orang parti saja…tak cukup. Umno tidak akan boleh ditumbangkan oleh Pas, PKR, DAP saja. Yang boleh menumbangkan Umno ialah sokongan rakyat.
Tapi kita nak buat kerja macam mana?
Kita pi pejabat PKR, tak dak orang. Bila kita cakap apa yang kita tau pun..depa perleceh kita balik. Depa saja yang pandai.
Pi markas Pas minta Daftar Pemilih, depa tanya “hang sapa?” “Tak boleh..ini rahsia.”
Mampuih pi la…itu kerja depa.
Aku dah tunjuk scenario umum prestasi Pakatan semasa PRU 2008 tentang Kedah dan Selangor. Banyak perubahana telah berlaku sejak PRU dulu hingga sekarang. Pengundi berubah, kawasan mengundi juga berubah, isu berubah, malah kepimpinan parti pun dah banyak berubah. Kita Cuma boleh jadikan prestasi lalu sebagai petunjuk.
Hari ini aku bagi keputusan PRU DUN Perak. Esok aku bagi Negeri Sembilan. Kemudian baru Johor. Hangpa tengok sendiri prestasi Pakatan pada PRU yang lalu, dan lepas tu buat analisa sendiri macam mana nak improve. Download file Excel kat sini.
Perak mempunyai 59 DUN. Dari jumlah tersebut, 24 kerusi mempunyai majority kurang dari 10%. Dengan lain perkataan, Pakatan mempunyai 19 DUN ‘selamat’ manakala BN mempunyai 16 DUN ‘selamat’. Aku katakan selamat sekiranya perubahan mood pengundi tidak melebihi 5%.
Terdapat 24 kerusi DUN yang boleh berubah kekanan atau kekiri. Sekiranya Pakatan Berjaya menambah 5% jumlah undi berbanding PRU 2008, Pakatan boleh menang selesa. Begitu juga sebaliknya.
Aku warnakan jumlah pengundi India berwarna kuning, sebab aku rasakan, jumlah 5% yang diperlukan oleh kedua-dua pihak bergantung kepada undi India. Kalau India beralih kepada BN, BN menang. Kalau India menyokong Pakatan, Pakatan menang.
Satu perkara yang menarik dalam kenyataan Mat Sabu ialah, “Orang muda adalah sahabat kami, pengundi muda lebih cenderung untuk melakukan perubahan.”
Kenyataan ini aku dah dengar banyak kali, dari pemimpin yang paling tinggi sampai yang paling bawah. Dan aku juga banyak kali dah cakap, Gen Y adalah penentu sama ada perubahan itu akan berlaku atau tidak.
Siapa yang sudah mendekati Gen Y ini? Apa dalam pemikiran depa? Apa yang depa mau?
Tapi langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengenali siapa pengundi dari gen Y ini? Cukup kah bilangan mereka untuk memastikan perubahan berlaku?
Ini menarik untuk dibincangkan. Mungkin juga aku boleh kongsi sikit-sikit tentang "Sibu Miracle" yang membolehkan DAP menang dalam PRK Sibu, walaupun peluang untuk menang agak tipis, tambahan pula terdapat hampir 4,000pengundi Pos. Apa dan bagaimana DAP boleh menang dikawasan yang susah nak menang. Itu pun kalau nak buat kerja. Kalau tak mau menang, ikut macam PKR di Hulu Selangor. Kawasan yang boleh menang pun, jadi kalah.
shareshareshareshare
No comments:
Post a Comment