Friday, June 17, 2011

Blogger’s Power (2)

June 15, 2011
SUMBER :http://www.malaysiatimes.my/2011/06/15/bloggers-power-2/

Bloggers adalah bloggers. Bloggers bukan wartawan. Bloggers tak perlu ikut etika kewartawanan sebab bloggers bukan wartawan.

Bloggers adalah trend-setter. Bloggers adalah opinion leader. Bloggers bukan tukang lapor YB bagi bantuan ibu tunggal atau bagi bantuan Hari Raya. Itu kerja wartawan.

Para reformis tahun 99 merupakan ejen perubahan pada masa itu. Masa tu belum ada blog dan laman-laman web reformis pula wujud tanpa wajah. Orang tak tau siapa dibelakang laman-laman web reformasi. Tetapi para reformis mendapat maklumat-maklumat menerusi laman-laman web ini dan menyebarkan ke segenap pelusuk. Laman web menjadi pembekal maklumat dan reformis menjadi ejen menyebar maklumat ini kepada rakyat.

Sekarang…laman web reformasi sudah diambil alih oleh blog dan facebook. Dan blogger sudah tidak lagi menyembunyikan identiti. Bloggers sudah berani bertanggungjawab terhadap risiko yang ditulisnya. Bloggers sudah menjadi ejen perubahan menggantikan reformis 99.

Tetapi sama seperti reformasi 99, reformasi itu mati apabila ianya diinstitusikan. Apabila reformasi diambilalih oleh PKR, ia sudah tidak bebas. Reformasi bukan hendak menaikkan sesuatu parti, tapi mahukan perubahan kepada sistem.

Blogger juga begitu. Apabila bloggers sudah menjadi alat parti, dia sudah tidak bebas. Kalau dia blogger PKR, tak boleh nak kutuk Pas. Kalau dia blogger Pas, tak boleh nak kutuk PKR. Yang boleh diceritakan ialah perkara yang baik-baik saja. Yang tak baik sapu bawah tikar.

Apabila ini berlaku, kredibiliti blogger itu jatuh. Sama macam Utusan…apa yang dia cakap tentu baik tentang Umno. Kalau blogger Pas yang tulis, dah tentu Pas baik…yang lain tak baik.

Bloggers perlu ada banyak maklumat first class. Bukan maklumat copy-paste. Bukan maklumat propaganda pemimpin. Tapi nak dapat maklumat dari mana? Nak korek kat mana? Nak cari duit kat mana?

Bila pemimpin kata…kita akan mengambil alih Sarawak…bloggers pun jadi tukang takbir. Dan bila ada pemimpin menipu, maka bloggers pun turut menipu…walaupun tanpa sengaja.

Hello brader!! Hangpa mungkin seronok baca blog sebab dapat maklumat secara free. Kalau Utusan hangpa sanggup bayar Rm1.50 sehari. Kalau Astro hangpa sanggup bayar Rm50.00 sebulan. Hangpa sanggup bayar untuk mendapat maklumat tentang Umno, tapi maklumat pasai Pakatan..semua nak free. Bila ada blogger yang minta sedekah…depa ungkit sampai mati. Ada yang minta balik..ada yang tak halalkan sedekah depa, apabila kita tulis sesuatu yang depa tak suka nak baca. Macam kat bawah ni.

fazudeen

MSK ni mcm bagus jer…semua nak ulas,kununnyer semua sifir politik dlm gengaman dia.Kebanyakan orang PAS pun sebenarnya sgt sgt meluat dengan ulasan merapu dia ni,tapi dah memang resam MSK ni sendiri bodoh x mengaku bodoh,sendiri rasa pandai meraban meracau dgn tulisannye yg ntah hapa hapa.Pengkagum Zaid Ibrahim & Rj. Petra ni asik jadik lalang & tukang spin jer bila apa apa isu timbul kununnyer nak menjadi super author dlm isu isu politik.Pirahhhh MSK!!! tu ari duit derma ehsan penyokong PR yg guna menyara hang naik flight mkn minum masa PRN Swak yg hang salahgunakan tu BILA NAK PULANG BALIK????kutuk PR bukan main lagi….dasar pembelit muka x berduit x tau malu.Sure hang spin balik aku nyer comment ni,dasar putar belit cam Rj Petra & Zaid Ibrahim!

Apabila blogger minta sedekah, dia terikat dengan pemberi sedekah. Kalau pemberi sedekah mahukan cerita yang elok-elok..hangpa tipu depa pun takpa. Bila blogger dapat duit dari parti…dia terikat dengan parti.

Adakah hangpa nak jadi blogers pencacai atau menjadi pemimpin perubahan?

Aku nak buat konvensyen Teh Tarik 2. Bukan nak tarik hangpa ikut kepala aku…tapi supaya bloggers mempunyai jaringan maklumat. Aku dah ada team hackers. Aku dah dapat team teknikal. Hangpa ingat Raja Petra saja yang boleh buat MoU dengan Wikileaks? Maklumat yang diperolehi bukan saja mampu menjatuhkan BN, malah boleh juga menggugat Pakatan Rakyat. Dan aku nak share maklumat-maklumat ini dengan seberapa ramai yang boleh sementara aku belum masuk kem Kamunting.

Sebab aku tak pasti…mana tau kalau Pakatan Rakyat menang dan mengambil alih Putrajaya nanti…depa pakai ISA juga untuk mendiamkan aku.

Aku mahu berkongsi maklumat…bukan untuk bercakap tentang kebenaran. Sama ada ia benar atau tidak, hangpa kena pakai kepala hangpa. Itu bukan kerja aku.

Bloggers Network naik pasai bersatu. Dan bila berpecah…hancur. Tetapi bersatu bukan bermakna hangpa kena ikut kepala aku atau aku kena ikut kepala hangpa. Tetapi bersatu diatas persamaan nilai..bukan atas persamaan ideologi atau fahaman.

Aku sudah mendapat persetujuan beberapa bloggers otai. Tapi kali ini..aku tak mau macam Bloggers Network dulu. Ada tukang jual ubat pun mengaku bloggers dan dia nak join sebab nak dapat jawatan dalam GLC.

Ini juga bukan bloggers parti. Walaupun depa dari parti-parti tertentu, tapi depa juga boleh hentam parti depa sendiri kalau tak betul.

Hangpa nak join dengan bloggers "kepala tak betui"?

Well…ada dua level "bloggers"…bukan kasta!!

Satu yang menulis, dan satu lagi pemberi dan penyampai maklumat. Maklumat bukan saja datang dari atas atau luar, tapi boleh juga datang dari bawah atau dalam. Akhirnya, apa yang kita mahu ialah perubahan kepada sesuatu yang lebih baik. Bukan yang lebih teruk dari Umno.

Dan kita perlukan bloggers disegenap pelusuk negara. Supaya semua maklumat sampai kesegenap lapisan masyarakat.

Masa dan tempat akan diberitahu kelak. Tapi yang pasti…ada pemimpin rakyat yang akan datang bersama. Ini bukan konspirasi yang dibuat secara sembunyi…tapi kita buat secara terang-terang.

No comments:

Post a Comment